
Baru-baru ini, anda tidak pasti bagaimana untuk berinteraksi dengan keluarga dan rakan-rakan anda dalam tempoh MCO 2.0? Anda boleh mencuba Island King, permainan mudah alih sosial yang paling seronok dengan animasi yang comel. Sejak permainan ini dilancarkan pada tahun yang lalu, ia telah kekal pada Top 3 di negara-negara Asia Tenggara seperti Thailand dan Taiwan selama dua bulan. Permainan ini juga disyorkan oleh Google dalam pemilihan rasminya empat kali berturut-turut.

Ia bukan sahaja popular dalam sesetengah negara di Asia Tenggara, tetapi juga telah berjaya menarik minat Alieff Irfan, Isa Isarb dan Zukie Muhammad untuk bermain permainan ini semasa MCO 2.0. Ingin tahu bagaimana Island King menjadi permainan popular? Berikut adalah empat sebab anda harus download dan cuba permainan ini:
1. Pengalaman membina pulau misteri dengan rakan anda di rumah

Alat sosial penting untuk berkomunikasi antara anda dan rakan anda semasa MCO 2.0. Island King memudahkan interaksi anda dengan rakan melalui penyambungan permainan ke Facebook. Anda boleh saling menyerang antara rakan, mendapatkan coin mereka untuk menjelajahi pulau misteri, dan membina dunia anda yang paling mewah di antara rakan anda.
Sekiranya anda tidak mahu mempengaruhi persahabatan anda, anda juga boleh menolong rakan dengan mengumpulkan kad yang terhad dan membentuk kumpulan untuk mencapai situasi menang-menang. Kumpulan rakan yang boleh dipercayai dapat membantu anda untuk berjuang dalam permainan dan menjadi pertahanan yang terbaik untuk bertindak balas terhadap serangan. Bantuan sebegini akan membantu anda melindungi kekayaan anda dalam permainan.
2. Putar-putar dan bina pulau untuk meningkatkan keseronokan hidup anda

Permainan ini menggunakan roda ajaib sebagai alat utama untuk mendapatkan kekayaan, menyerang, atau mendapatkan kekayaan dari pemain lain. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan coin rakan anda untuk menaik taraf dan menjelajahi pulau baru melalui putaran roda ajaib!
Semasa anda memutar roda, anda juga dapat memilih x3, x5 atau lebih besar untuk membolehkan anda memutar sekali dan mendapatkan beberapa kali ganda coin. Dengan cara ini, anda dapat menjadi peneraju dalam permainan ini. Coin dalam permainan boleh digunakan untuk menaik taraf atau menjelajahi pulau baru. Semasa menakluki pulau-pulau, anda juga dapat melihat pelbagai jenis reka bentuk yang membolehkan anda mendapat inspirasi baru semasa bekerja di rumah. Anda juga boleh berkongsi gambar pulau-pulau dengan rakan-rakan anda untuk mendapat keseronokan dan kegembiraan.
3. Cerita yang menarik dan reka bentuk animasi yang comel

Dalam cerita permainan ini, anda ditampilkan sebagai pahlawan untuk membantu Luna, seorang gadis yang hendak mencari ayahnya yang diculik oleh naga Dewa Kegelapan dan konco-konconya. Untuk mencari ayahnya, Luna harus merentasi lautan yang luas. Oleh itu, Luna perlu melawat pulau-pulau dengan bantuan anda untuk mengatasi kesukaran dan mencari ayahnya.
Anda berpeluang menemui pelbagai pulau bertema khas seperti Itali yang romantik, Greece yang penuh misteri dan lain-lain. Walaupun anda berada di rumah semasa MCO 2.0, anda juga berpeluang untuk menggunakan Island King untuk menikmati pelbagai pemandangan secara animasi untuk memenuhi keinginan anda untuk melancong dari segi mental.
4. Aktiviti bermusim yang mempercepat impian anda untuk menaik taraf pulau

Semasa bermain permainan mudah alih, anda mahu meningkatkan taraf anda dengan lebih cepat. Dalam permainan Island King, anda boleh mengambil bahagian dalam aktiviti operasi dalam permainan dan aktiviti bermusim untuk mempercepat proses peningkatan anda. Anda boleh mendapat lebih banyak peluang untuk menang coin melalui aktiviti Tahun Baru 2021 atau menghancurkan telur emas. Di samping itu, anda juga boleh mengumpulkan kad bermusim dalam permainan, seperti kad Tahun Baru yang dilancarkan pada 19 Januari 2021. Setiap kad dalam koleksi ini mempunyai makna yang istimewa!
Berkongsi kebahagiaan anda jauh lebih baik daripada menikmati kebahagiaan anda sendiri. Jemputlah rakan-rakan anda untuk menjadi pemain Island King! Dengan itu, anda akan mendapat peluang tambahan untuk memutar roda, dan mempercepat perjalanan anda dalam membantu Luna. Sekiranya anda tidak mahu menyusahkan rakan anda, anda juga dapat menonton iklan ganjaran untuk mendapatkan peluang tambahan.

Muat turun sekarang dan mulakan pengembaraan anda!
Anda boleh memuat turun Island King melalui Google Play Store dan iOS Store. Sekiranya anda memerlukan lebih banyak informasi atau ganjaran tambahan, anda juga boleh mengikuti halaman rasmi Facebook Malaysia Island King. Untuk mendapat hadiah tambahan, jangan lupa melawat ke halaman Facebook rasmi setiap hari dan tekan pautan hadiah harian untuk mendapatkan kejutan yang tidak dijangka.