
[Tertiris] Alcatel 3C Akan Menjadi Peranti Paling Bajet Gunakan Paparan 18:9

Sejak akhir-akhir ini banyak pengeluar cuba menarik perhatian pengguna seperti anda untuk membeli peranti mereka. Antara ciri yang paling popular ialah paparan memanjang menggunakan nisbah 18:9. Pada mulanya ia ditawarkan pada telefon flagship tetapi pengguna sering teragak-agak untuk memilikinya.
Disebabkan itu, kini peranti kelas permulaan juga menawarkan ciri yang sama salah satunya ialah syarikat dari China iaitu TCL. Alcatel 3C yang akan diperkenalkan beberapa bulan dari sekarang bakal menampilkan skrin 18:9 bersaiz 6-inci beresolusi HD penuh+ (1440 x 720).

Spesifikasi lain pastinya tidak begitu tinggi disebabkan ia mensasarkan pengguna yang inginkan harga kompetitif. Tanda harga yang dijangka pula sekurang-kurangnya €120 (RM582) dengan pilihan kemasan warna metalik hitam, biru, dan emas.
Oleh itu, untuk tahun 2018 akan datang kita mungkin akan melihat rata-rata telefon pintar yang dikeluarkan tidak lagi menggunakan paparan standard 16:9.

