Spotify Menghampiri Angka 30 Juta Pengguna Premium

799
- Iklan -

Spotify CEO Daniel Ek Makes Announcement

Spotify bakal mencipta satu lagi kejayaan apabila dijangakakn akan mencapai angka 30 juta pengguna premium dalam masa tiga bulan lagi. Pada masa sekarang pengguna premium servis Spotify adalah seramai 28 juta orang dan ianya bertambah dari hari ke hari. Jumlah tersebut tidak termasuk 55 juta pengguna Spotify versi percuma.

Pada masa yang sama, pesaing Spotify iaitu Apple Music juga sedang berkembang dengan pesat. Dalam masa 6 bulan sahaja servis tersebut berjaya mengumpulkan 10 juta pengguna berbayar, di mana Spotify mengambil masa 6 tahun untuk mencapai angka tersebut. Tidal pula mengalami prestasi terumbang ambing sejak dilancarkan, namun terdapat sinar harapan apabila album Kanye West menjadi album hit dan ekslusif melalui servis Tidal.