Celcom Menyediakan Tawaran Menarik Sempena Bulan Ramadan Ini

(Berdiri Tengah) Zalman Aefendy Zainal Abidin, Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad merasmikan promosi ramadan bersama media

Celcom hari ini menyambut kedatangan Bulan Ramadan dengan memberi sebanyak mungkin ganjaran hebat kepada pengguna pascabayar dan juga prabayar. Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, lebih meriah jika anda memiliki telefon pintar baharu dengan Program Ansuran Telefon Terbesar – EasyPhone™, dengan itu, Celcom menawarkan harga serendah RM25 sebulan untuk sebuah telefon pintar terkini dan pelanggan juga boleh memilih lebih daripada 20 telefon pintar termasuk model tekini Samsung Galaxy S8, Huawei P10 dan iPhone 7 (PRODUCT) RED.

Pelanggan yang berminat boleh melanggan FIRST™ GOLD PLUS with GBshare dengan komitmen RM194 untuk 44GB sebulan atau FIRST™ PLATINUM with GBshare dengan komitmen RM246 untuk 64GB data Internet sebulan atau komitmen RM390 untuk 70GB data Internet sebulan. Tawaran ini juga melayakkan pelanggan untuk memiliki tiga telefon pintar dengan harga yang rendah.

Zalman Aefendy, Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad berkata bulan-bulan istimewa ini adalah waktu untuk berkongsi, dengan itu Xpax akan menawarkan pelanggan dengan 3 pilihan HADIAH RAYA, dengan setiap pembelian Pelan Internet Bulanan Xpax pelanggan boleh menikmati Panggilan Tanpa Had Mingguan kepada 10 teman ke semua rangkaian, nilai tambahan 10GB Internet Lewat Malam Mingguan, atau baucar Lazada bernilai RM10.

Tambahan pula, pelanggan Xpax juga ditawarkan kuota dua kali ganda sehingga 20GB bagi Internet Lewat Malam, Facebook dan Video Walla apabila pelanggan membeli nilai tambah melalui aplikasi Xpax. Bukan itu sahaja, Celcom juga memberikan WhatsApp dan WeChat PERCUMA tanpa had kepada semua pelanggan FIRST™ dan Xpax bagi membolehkan pelanggan menikmati Hari Raya dengan lebih bermakna.

Di samping itu, Celcom menambah ganjaran dengan adanya ‘Ole-Ole’ di mana pelanggan boleh menghantar hadiah serendah RM1 atau sehingga RM20 baucar membeli belah. Menggunakan slogan Mak Kata, iaitu kata-kata nasihat dan pesanan daripada ibu kita, Celcom ingin mencipta hubungan yang lebih baik antara ibu dan anak dengan berkongsi ganjaran bersama-sama.

You might also like