Dapatkan Apple iPhone 7 / 7 Plus (PRODUCT) Red Dari Celcom

Celcom Axiata Berhad hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus (PRODUCT) RED di dalam pakej jualan mereka. Pengenalan iPhone 7 dan 7 Plus edisi khas ini bagi meraikan kerjasama 10 tahun Apple dengan (RED) di samping memberikan pelanggan satu saluran untuk menyumbang kepada program dan projek untuk membina generasi bebas AIDS.

Bermula esok, 31 Mac 2017, Celcom akan menawarkan pakej bundle menarik iPhone 7 dan iPhone 7 Plus (PRODUCT) RED dan pelan FIRST Gold Plus / FIRST Platinum yang menawarkan 40GB dan 60GB peruntukan data internet.

Anda boleh memesan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus (PRODUCT) RED mulai Jumaat, 31 Mac di cawangan Blue Cube seluruh negara atau mana-mana wakil jualan rasmi Celcom.

You might also like