
OnePlus 7 Hadir Dengan Storan Berasaskan UFS 3.0? Prestasi Lebih Pantas Dan Cekap
Pada ketika ini pelbagai pihak sudah mula berkongsi beberapa perkara menarik yang mungkin dihadirkan pada peranti terbaharu dari OnePlus iaitu siri OnePlus 7. Justeru 1 berita menarik juga kini terdedah mengenai penawaran storan bagi peranti ini.
Dalam satu Tweet dari CEO OnePlus, Pete Lau, telah mendedahkan bahawa peranti tersebut bakal dihadirkan dengan storan berasaskan UFS 3.0 yang menyaksikan ia merupakan antara peranti terawal yang menerima storan berkenaan.

Peranti pintar pada ketiaka ini kebanyakkannya menawarkan storan berasaskan eMMC. Apa yang menarik mengenai storan berasaskan UFS 3.0 ini adalah ia menawarkan kepantasan yang lebih laju berbanding eMMC ini dalam aspek menulis dan membaca data pada peranti yang mana sangat efisen ketika bermain permainan mudah alih dan aplikasi penyuntingan video dan sebangainya.
Dikhabarkan OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro bakal menjengah pasaran pada pertengahan Mei ini. Jadi sama-sama kita nantikan perkembangan terkini peranti berkenaan.

