Jelajah Bersama Samsung Galaxy A7 (2018) Di Lapan Lokasi – Mulai 26 hingga 28 Oktober

- Iklan -

Samsung Galaxy A7 yang hadir dengan tiga kamera utama telah berjaya menerima sambutan hebat dari peminat mereka, hanya 3 hari sahaja unit pra-tempahan telah habis dijual.

Bagi meneruskan kehangatan Galaxy A7, pihak Samsung telah mengadakan jelajah di lapan lokasi yang berdekatan anda. Aktiviti “Ultra Wide Roadshow” ini akan bermula 26 Oktober (Jumaat) hingga 28 Oktober (Ahad) di lokasi-lokasi seperti berikut:

  • Selangor – Sunway Pyramid
  • Perak – Ipoh Parade
  • Pulau Pinang – Prangin Mall
  • Johor – AEON Tebrau City
  • Melaka – Dataran Pahlawan
  • Pahang – Kuantan Parade
  • Kuching – Vivacity Mall
  • Kota Kinabalu – Imago Mall

Pengunjung boleh mencuba sendiri kehebatan tiga kamera yang ada pada Galaxy A7, selain itu terdapat juga persembahan istimewa dan sesi beramah mesra bersama artis tempatan pada 27 dan 28 Oktober.

Mahu merasakan keseronokan yang berganda? Pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam peraduan “Mirror Mirror Me” dan berpeluang memenangi percutian ke Korea secara percuma, tambahan lagi anda berpeluang membawa balik hadiah menarik berjumlah RM8,000.

Maklumat lanjut, layari Roadshow Galaxy A7.

 

Baca Juga:

 

You might also like