
Lenovo Nak Keluarkan Telefon Baru – Apa Pula Kali Ni?
Sejak beberapa tahun sudah, permintaan telefon pintar Lenovo di Malaysia tidak lagi memberansangkan. Oleh itu, Lenovo mengambil keputusan untuk memberhentikan sebarang kaedah pemasaran untuk jenama tersebut sebaliknya lebih tertumpu kepada anak syarikatnya, Motorola. Terkini, ada imej acah yang tersebar di arena sesawang menunjukkan Lenovo bakal perkenalkan telefon pintar Lenovo S5 tidak lama lagi.

Imej tersebut telah dikongsi sendiri oleh eksekutif Lenovo, Chang Cheng di akaun Weibo semalam. Melalui imej yang sama, nombor 3.20 merujuk kepada tarikh pelancaran iaitu 20 Mac 2018. Menggunakan imej tumpu sarung peninju, peranti ini menerima kekuatan dalaman terutama pada kapasiti bateri. Difahamkan Lenovo S5 hadir dengan bateri sebesar 6,000mAh.

Sebelum ini, eksekutif yang sama telah berkongsi gambar acah sebuah peranti dengan rekaan panel belakang berilau dan melengkung. Ramai menjangkakan ia adalah Lenovo S5.

