Huawei Menemui Teknologi Bateri Baru Yang Lebih Selamat

1Huawei mengumumkan kejayaan besar mereka dalam penyelidikan bateri Li-ion.  Berdasarkan penyelidikan Huawei, Graphene didapati mampu membantu bateri Li-ion bertahan dalam suhu yang tinggi. Pengumuman itu dibuat oleh Watt Laboratory, sebuah organisasi di bawah Pusat Penyelidikan Huawei, di Battery Simposium ke-57 yang berlangsung di Jepun.

2Hasil penyelidikan Huawei menunjukkan bahawa teknologi Graphene mampu meningkatkan kadar ketahanan bateri kepada suhu ekstrem, lantas membolehkan bateri Li-ion untuk terus berfungsi dalam persekitaran 60°C, peningkatan sebanyak 10°C daripada had yang sedia ada. Jangka hayat bateri Li-ion dengan Graphene juga akan menjadi dua kali lebih lama berbanding bateri Li-ion biasa.

Penemuan ini membawa sinar baru kepada dunia teknologi yang digemparkan dengan insiden berkaitan bateri yang kerap berlaku kebelakangan ini. Diharapkan teknologi ini dapat diimplementasikan secara meluas, lantas menawarkan pengguna pilihan peranti yang lebih selamat.

You might also like