ZTE Ingin Memacu Perubahan Perniagaan Di Malaysia Kepada Digital Sepenuhnya

Jeff Zhou, Pengarah Urusan ZTE Asia Tenggara
Jeff Zhou, Pengarah Urusan ZTE Asia Tenggara

Teknologi sesuatu yang sangat mengagumkan, dalam selang masa yang singkat kita dapat melihat perubahan yang sangat ketara, teknologi yang baru berusia beberapa tahun bila-bila masa sahaja boleh digantikan dengan sesuatu yang baru. Perubahan ini tidak sahaja dirasai pada pasaran pengguna, malah ia juga turut membawa kesan besar kepada industri perniagaan dan korporat.

ZTE Corporation, pembekal dan perusahaan berasaskan teknologi telah meletakkan komitmen mereka untuk membantu perniagaan di Malaysia maju ke arah ekonomi digital dengan melancarkan strategi VOICE.

VOICE terbahagi kepada 5 teras utama:

  1. Virtuality – integrasi dunia fizikal dan dunia maya dengan pengalaman melalui Big Video, VR dan AR.
  2. Opennness – peralihan daripada perniagaan berasaskan persaingan tradisional yang menutup peluang kerjasama kepada sistem yang lebih terbuka.
  3. Intelligence – kecerdasan teknologi yang lebih baik bagi meningkatkan interaksi dan kecerdasan di pelbagai peringkat.
  4. Cloudification – servis cloud menjadi tunjang utama bagi perniagaan zaman moden.
  5. Internet of Everything – ekosistem di mana semuanya terhubung melalui jalinan Internet.

2ZTE percaya bahawa 5 teras yang disebutkan akan menjadi komponen terpenting di dalam transformasi dunia digital perniagaan. Jadi mereka komited menawarkan servis dan kepakaran mereka berpaksikan 5 teras ini. Proses transformasi perniagaan kepada digital sepenuhnya dilihat akan menbawakan banyak kelebihan kepada perniagaan di negara kita dari segi kos, kadar efisien dan juga keselamatan. Semoga model VOICE ZTE menjadi pemangkin pembaharuan perniagaan di Malaysia.

 

You might also like