Generasi Baharu: iPhone XS & XS Max Diperkenalkan

Acara tahunanApple Special Event membuka tirai dengan produk pertama diperkenalkan iaitu Apple Watch Series 4, disusuli dengan iPhone baharu. Sebanyak tiga model iPhone telah dilancarkan pada malam ini, iaitu iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR (akan diulaskan pada artikel seterusnya).

iPhone XS
iPhone XS Max

Melalui gambar yang dikongsikan, iPhone XS dan XS Max mempunyai rekaan yang lebih kurang sama dengan iPhone X, di mana skrin takuk masih kekal digunakan padanya. Bermula dengan paparan skrin, XS hadir dengan skrin 5.8 inci manakala XS Max lebih besar ukurannya iaitu 6.5 inci, masing-masing menggunakan panel OLED paparan Super Retina.

Cip pemproses untuk siri terbaru ini disertakan dengan A12 Bionic, di mana rekaan 7nm telah dibekalkan pada badan ini. Menurut Apple, cip ini menggabungkan CPU Hexa-core dan GPU Quad-core selain juga dilengkapi Neural Engine untuk sokongan pembelajaran mesin yang lebih pantas.

Sokongan kad dwi SIM hanya tersedia untuk pasaran China

Untuk ruangan storan dalaman, iPhone XS dan iPhone XS Max hadir dengan pilihan 64GB, 256GB atau 512GB. Sokongan kad dwi SIM kali ini telah disertakan pada kedua-dua iPhone tetapi hanya terhad kepada pasaran China sahaja.

Penggunaan bateri yang lebih tahan lama kini telah dipertingkatkan, di mana iPhone XS menawarkan masa penggunaan tambahan 30 minit berbanding iPhone X, sementara iPhone XS Max menawarkan masa penggunaan tambahan selama 1 jam 30 minit berbanding iPhone X sebelum ini.

Bagi bahagian kamera pula, kedua-dua iPhone masih menyokong dwi-kamera utama beresolusi 12MP + 12MP dan kamera hadapan beresolusi 7MP. Sokongan 2 kali zum optikal, Smart HDR, Bokeh, 4K UHD dan banyak lagi ciri menarik disediakan.

Ketersediaan kedua-dua iPhone bermula 21 September di negara-negara terpilih, sebelum itu pra-tempahan akan bermula 14 September ini dengan tawaran harga bermula USD999 (kira-kira RM4,135) bagi model XS, serta USD1,099 (kira-kira RM4,549) untuk model XS Max. Pasaran Malaysia masih tidak ketahui tarikh lagi, dijangka berada pada fasa ketiga.

 

 

 

You might also like