

Kemeriah sambutan Tahun Baru Cina semakin dirasai dan XOX Mobile juga pastinya tidak mahu ketinggalan memeriahkan sambutan pada tahun ini. Justeru, mereka telah memperkenalkan pelan baru OneXOX Black yang digelar sebagai B39PLUS20.
Pelan ini menyediakan panggilan tanpa had, 12 GB data dan 100 SMS dengan hanya perlu membayar RM59 sebulan.

Tawaran ini akan tamat pada 28 Febuari 2019. Jangan bimbang, bagi pengguna yang sedia ada, anda boleh menukar kepada pelan tawaran ini melalui laman self-care atau menghantar SMS “GETB39PLUS20” ke 23388.
Pelan ini merupakan pelan pembaziran sifar. Hal ini bermakna anda boleh membawa panggilan, SMS atau data yang tidak habis digunakan ke bulan hadapan. Data internet yang tidak habis boleh dibawa ke bulan hadapan sehingga maksima 100GB.

Jika pengguna telah kehabisan data, anda boleh membeli data 1GB berharga RM10, 2GB RM18 atau 5GB RM40.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang OneXOX Black.
Baca juga:
- WhatsApp Tetapkan Had Menganjak Mesej Kepada 5 Kali
- Guna Touch ‘n Go Untuk Salur Derma Di Masjid
- [ ZON PERBANDINGAN ] : HONOR Watch Magic / HUAWEI Watch…
- Miliki HONOR Watch Magic Pada Harga RM599 – Ketersediaan 26 Januari…
- Rasmi! HONOR View20 Boleh Didapati Pada Harga Bermula RM1,999 – Ketersediaan…

