Guna Touch ‘n Go Untuk Salur Derma Di Masjid

 


Jika dahulu, Touch ‘n Go hanya digunakan di plaza tol sahaja, namun kini anda boleh menggunakannya untuk membayar secara nirtunai di beberapa lokasi seluruh negara menerusi dompet digital mereka.

Terbaharu, TNG telah bergerak selangkah lagi dengan melakukan kerjasama dengan masjid untuk memudahkan pengguna memberikan sumbangan dan derma di masjid menerusi dompet digital mereka.

Pada ketika ini, hanya Masjid Ar-Rahah di Kampung Kerinchi yang menggunakan perkhidmatan ini. Caranya amat mudah, pengguna perlu mengimbas kod QR yang dipaparkan dan pilih amaun yang ingin didermakan.

Langkah ini dijangka akan diperluaskan lagi ke masjid-masjid lain sekitar Kuala Lumpur dan negeri lain secara berperingkat.

Baca juga:

You might also like