
100 Pokemon Generasi Baru Bakal Menggegarkan Pokemon Go?
Trainer tegar Pokemon Go telah mendengar khabar angin selama berminggu-minggu bahawa aplikasi permainan popular tersebut akan menambah Pokemon baru tidak lama lagi. Berita bocor terbaru mencadangkan bahawa kemas kini tersebut akan dimulakan pada minggu ini.
Antara sebab mengapa berita ini sedang hangat diperkatakan adalah pembina permainan, Niantic Labs dilaporkan akan mengumumkan kerjasama baru dengan sekurang-kurangnya dua syarikat di Amerika Syarikat pada minggu ini. Kerjasama tersebut memberikan petunjuk awal bahawa terdapat sesuatu yang besar akan berlaku di dalam Pokemon Go dan ramai yang mengharapkan bahawa tidak kurang dari 100 Pokemon generasi baru akan dimasukkan ke dalam data permainan atas talian ini.