
Peranti Baharu vivo Tertiris – Sokong Snapdragon 855 + 12GB RAM?!
Kejutan yang dibawa oleh peranti pintar dengan 10GB RAM masih hangat lagi, kini terdedah pula 12GB RAM yang sudah mendapat pengesahan daripada peranti Xiaomi Mi 9 Transparent Edition, Samsung Galaxy S10+ dan Lenovo Z5 Pro GT, termasuk juga terdapat khabar angin mengatakan bahawa Huawei P30 Pro akan menyokong spesifikasi ini.
[ Baca Juga: vivo NEX Dual Display Edition, Kepuasan Berganda Dengan Paparan Dwi Skrin ]
Terbaru laman rasmi Geekbench terpapar sebuah peranti vivo dengan kod nama “V1824A”, peranti ini juga mempunyai 12GB RAM dan dijana dengan cip pemproses Snapdragon 855. Namun sedikit pelik pada skor single-core dan multi-core yang masing-masing hanya mencapai 1302 dan 1177, jelas memperlihatkan model ini masih di bawah peranti kejuruteraan.
Walaupun identiti sebenar peranti vivo ini masih tidak dikenalpasti, tetapi merujuk kepada spesifikasi yang tinggi besar kemungkinan adalah peranti sub jenama iaitu iQOO yang baru sahaja diumumkan.
[ [ Tertiris ] vivo Sub Jenama – iQOO Terdedah Peranti Boleh Lipat Dengan Rekaan Bezel Nipis Yang Menakjubkan! ]
___________________________
Artikel Popular:
- Kamera Xiaomi Mi 9 Lebih Power – Kata Lei Jun (Tak Percaya, Tengok Hasil Gambar ya~)
- Pendedahan Ujian Benchmark Xiaomi Mi 9 – Mendahului Kirin 980 Sebanyak 26%!
- Evolusi Nada Dering Siri Samsung Galaxy S – Dari Rock Ke Classical Crossover
- Ujian Benchmark Google Pixel 4 (Pixel 3 Lite) Tertiris?! Beroperasi Sistem Android 10?!

