
Lenovo Z5 Pro GT Rasmi – Peranti Pertama Dilengkapi Snapdragon 855 & 12GB RAM
Selain pelancaran Lenovo Z5s, syarikat ini turut melancarkan sebuah lagi model terbaharu mereka iaitu Lenovo Z5 Pro GT. Telefon pintar ini berjaya menggegarkan dunia gajet apabila ianya dilengkapi cip Snapdragon 855 dan juga memori sebesar 12GB RAM.

Perkara ini sekaligus menjadikan ianya peranti pertama dan terawal di dunia yang hadir dengan penawaran spesifikasi tertinggi tersebut seterusnya pasti menjanjikan sesuatu pengalaman penggunaan yang luar biasa.

Melengkapinya, skrin bersaiz 6.39 inci beresolusi FHD+ bersama panel AMOLED dengan rekaan boleh-luncur. Telefon pintar ini menggunakan antara muka ZUI 10 berasaskan Android Pie 9.0 dan turut dilengkapi bateri berkapasiti 3,350 mAh dengan pengecasan pantas.

Dari segi penggambaran, ianya hadir dengan sokongan dwi kamera utama dengan resolusi 24MP (Sony IMX576) + 16MP (Sony IMX519). Bagi menambahkan keriangan, ia turut dilengkapi dengan dwi kamera hadapan 16MP + 8MP yang tersembunyi.
Di China, pra tempahan untuk peranti akan tersedia bermula 2019 kelak dalam penawaran empat versi berikut :
- CNY2,698 (kira-kira RM1,634) – versi 6GB + 128GB
- CNY2,998 (kira-kira RM1,816) – versi 8GB + 128GB
- CNY3,998 (kira-kira RM2,422) – versi 8GB + 256GB
- CNY4,398 (kira-kira RM2,664) – versi 12GB + 512GB
________________________________________________________________________
Artikel Berkaitan :
- Lenovo Z5s Rasmi – Dilengkapi Skrin Takuk Kecil, Tri-Kamera Utama, Snapdragon 710
- [Desas-Desus] : Lenovo Z5s Ferrari Edition Dijangka Hadir Dengan 12GB RAM?
- Sebuah Lagi Telefon Pintar Dengan Lubang Pada Paparan Skrin Kini Muncul – Lenovo Z5s
- [Tertiris] Lenovo Z5s – Telefon Pintar Dengan Sokongan Tiga Kamera?!

