
Bigo Live, platform peneraju global dalam penstriman secara langsung hari ini melancarkan ‘Tilawah Bersama Bigo’, sebuah pertandingan tilawah Al-Quran dan kempen kutipan derma untuk menyokong COVID Emergency Appeal Food Aid anjuran Islamic Relief Malaysia. ‘Tilawah Bersama Bigo’ adalah sebahagian daripada usaha Bigo Live yang lebih meluas di Malaysia untuk membantu rakyat meraikan Aidilfitri di samping menyumbang semula kepada komuniti semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilanjutkan ini.

Pertandingan selama satu minggu ini akan disiarkan secara langsung di aplikasi Bigo Live (BIGO ID: MY.Eventroom) di mana pusingan-pusingan permulaan akan diadakan dari 24 Mei hingga 28 Mei dari 8:30pm – 12am MYT dan pusingan akhir diadakan dari 29 Mei hingga 30 Mei dari 9pm – 10pm MYT. Bigo Live akan bekerjasama dengan seorang influencer dari Malaysia iaitu Farhatul Fairuzah, yang merupakan seorang penyiar Bigo Live dan pemenang Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019. Beliau akan menyertai pusingan akhir pertandingan tersebut sebagai pengadil.
Pendaftaran kini dibuka, dan sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas boleh mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut dengan mendaftar melalui pautan ini. Peserta-peserta yang disenarai pendek berpeluang memenangi hadiah-hadiah wang tunai bernilai antara RM1,000 hingga RM3,000 di pusingan akhir. Sepanjang pertandingan secara langsung tersebut, para penonton akan dapat mengundi peserta kegemaran mereka dengan menggunakan tiket undian percuma dan pemberian hadiah secara maya. Semua sumbangan yang diterima melalui pertandingan tersebut akan didermakan kepada COVID Emergency Appeal Food Aid oleh Islamic Relief Malaysia yang akan membantu warga Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19 serta kawalan pergerakan yang dilaksanakan. Selain itu, Bigo Live juga berikrar akan menyumbang RM4,000 kepada Islamic Relief Malaysia.
Tontoni dan ambil bahagian dalam ‘Tilawah Bersama Bigo’ dengan memuat turun aplikasi Bigo Live di sini (boleh didapati melalui iOS dan Android). Ikuti Bigo Live Malaysia untuk makluman terkini di Facebook dan untuk terma dan syarat pertandingan di sini.

