CES 2017: CT Band, Gabungan Jam Tangan Tradisional Dan Teknologi Masa Kini

1Terdapat ramai di antara kita yang sukakan rupa dan kepuasan memakai jam tangan tradisional, tetapi pada masa yang sama mahu menikmati fungsi canggih yang hanya ditawarkan smartwatch. Pada acara CES tahun ini, sebuah produk dengan nama CT Band telah diperkenalkan untuk menyelesaikan isu ini dengan hanya menyambungkan tali jam tangan canggih ini ke mana-mana jam tangan yang mempunyai sambungan yang sesuai.

CT Band menggunakan teknologi canggih dan kepakaran jurutera teknologi mereka untuk mengintegrasikan rangkaian lengkap sensor, navigasi touchpad navigasi serta skrin ke dalam tali yang berketebalan kurang daripada 6mm tebal.

2Tali jam tangan ini boleh didapati dalam variasi silikon atau kulit dengan pelbagai pilihan warna, ia juga kalis air. Bagi membuktikan kemampuannya bersaing dari segi fungsi dengan jam tangan pintar di pasaran, CT Band menawarkan ciri-ciri berikut:

  • Data kelajuan
  • Bilangan langkah
  • Suhu
  • Jarak perjalanan
  • Kadar degupan jantung
  • Kadar oksigen di dalam darah
  • Masa aktif
  • Indeks UV
  • Mesej teks, e-mel, panggilan, mel suara dan pemberitahuan rangkaian sosial
You might also like