

Seperti biasa, realme mempamerkan prestasi yang membanggakan pada setiap kali jualan dan yang terbaharu perantinya iaitu realme X7 Pro kini dinobat sebagai Telefon Pintar 5G Terlaris dibawah segmen harga RM2000 pada jualan Shopee 2.2 Chinese New Year!!!
Peminat realme juga menerima diskaun sebanyak RM50 apabila mereka membeli peranti ini pada hari pertama jualan iaitu pada 2 Februari.

Selain daripada itu, realme juga dinobat sebagai Jenama Telefon Pintar terlaris ketika jualan Shopee 2.2 Chinese New Year yang berlangsung pada 2 Februari lalu.