[TERTIRIS] : Terdedah! Gambaran Sebenar HONOR 20S Muncul Sebelum Pelancaran Rasmi!

HONOR kini dalam persediaan memperkenalkan HONOR 20S yang dijadualkan berlangsung hari ini (4 September 2019) di China. Nampaknya, kejutan untuk peminat mula muncul apabila gambaran sebenar peranti ini ligat berlegar di media sosial – sekaligus memberi gambaran jelas mengenai apa yang bakal dibawa oleh peranti berkenaan.

HONOR 20S membawakan paparan skrin dengan rekaan berlubang. Salah satu perkara yang menarik perhatian – pengimbas cap jari dipasang pada bahagian sisi. Untuk penjanaan dalaman, HONOR 20S dikatakan mungkin menyokong cip Kirin 810 dan tetapan kamera bakal dilengkapi 10 mod kecantikan berbeza. HONOR 20S bakal muncul hari ini, untuk tahu lebih lanjut sama-sama kita tunggu kemunculannya! Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.

You might also like