CES 2017: Siri Lenovo ThinkPad Terbaru Untuk Golongan Profesional

28_x1_carbon_birdseye_silver__blackSetahun yang lalu, Lenovo melancarkan ThinkPad X1 yang menunjukkan komitmen Lenovo untuk menghasilkan peranti buat golongan profesional yang bukan sahaja boleh diharapkan ketika bekerja, malah hebat dan juga mempunyai reka bentuk yang moden.

Pada CES tahun ini, Lenovo memperkenalkan generasi terbaru X1 ThinkPad sekali lagi bagi golongan profesional yang mahukan peranti yang hebat dan bergaya. Hadir dengan 3 variasi, pengguna boleh memilih di antara gaya X1 Yoga yang boleh dilipat sepenuhnya, atau gaya X1 Tablet yang mudah di bawa ke mana-mana, mahupun sebuah komputer riba lengkap dengan X1 Carbon.

ThinkPad X1 Carbon

14_x1_carbon_hero_image_wallpaper_screen-fill_black 19_x1_carbon_forward_facing_windows_signature_edition_black

Pada pandangan pertama, ThinkPad X1 Carbon nampak seperti sebuah komputer biasa, tetapi apabila diteliti lebih dekat, anda akan menyedari bahawa komputer riba ini amat ringan, malah yang paling ringan dalam kelasnya di bawah 1.14kg. Walaupun kecil dan ringan, ia mempunyai paparan 14 inci IPS, pelbagai jenis port sambungan, kamera inframerah, touchpad dan juga TrackPoint yang amat sinonim dengan siri ini.

 

ThinkPad X1 Yoga

03_x1_yoga_14_inch_hero_shot_tent_mode_skype_screen_fill_black 05_x1_yoga_14_inch_hero_shot_laptop_mode_scenery_screen_fill_silver

Pelanggan yang mencari notebook yang fleksibel pula boleh mencuba ThinkPad X1 Yoga. Ia boleh disesuaikan dengan pelbagai posisi mengikut keperluan pengguna, fungsi input pen dan pelbagai fungsi tambahan lain yang dikemas kini berbanding model sebelumnya seperti sambungan Thunderbolt 3. Anda juga tidak perlu risau akan kemampuan bateri komputer ini kerana ia mampu bertahan selama 15 jam pada satu kitaran penuh bateri.

 

ThinkPad X1 Tablet

15_x1_tablet_keyboard_colour_optionsThinkPad X1 Tablet pula menggabungkan reka bentuk 2-dalam-1 dengan ciri-ciri kelas perusahaan bagi memberikan sebuah komputer yang amat mudah di bawa ke mana-mana dan masih mampu menawarkan kemampuan dan fungsi lengkap sebuah komputer riba.

06_x1_tablet_usb_pen_photoshop_editing_screen-fill 12a_x1_tablet_productivity_module_closeup_shot_left_ports

You might also like