
Walaupun peranti pintar diletakkan pada senarai barangan yang dikenakan cukai SST, tetapi pihak OPPO Malaysia secara rasminya mengesahkan bahawa harga jualan peranti pintar mereka akan kekal seperti sebelumnya tanpa perubahan.
Berita ini amat disambut baik oleh peminat OPPO, di samping jualan hari pertama OPPO F9 juga memecah rekod berbanding F7 di mana sebanyak 32 unit terjual setiap minit. Kehangatan ini juga disambut baik dari ketiga-tiga telco utama, menurutnya OPPO F9 terletak di kedudukan No.1 dengan julat harga antara RM1,000 dan RM1,500 semasa jualan hujung minggu pertama dari 30 Ogos hingga 2 September 2018 yang lalu.
Baca Juga: Reviu Eksklusif: OPPO F9, 5 Fokus Utama Di Bawah RM1,399!
Kepada yang berminat, boleh la beli di sini ↓ ↓ ↓