BlackBerry KEYone Akan Dijual Pada Harga RM2,688 Bermula Esok 20 Jun

Berita baik! Brightstar akan membawa masuk telefon pintar BlackBerry KEYone ke pasaran Malaysia bermula 20 Jun ini. Syarikat ini masih lagi mengeluarkan peranti dengan identiti yang lama iaitu hadir dengan papan kekunci bersama skrin sentuh bersaiz 4.5 inci Corning Gorilla Glass 4, beresolusi 1620 x 1080 dan sistem operasi Andorid 7.1 Nougat.

Bahagian dalamannya pula, didatangkan dengan cip kuasa Qualcomm Snapdragon 625, cip grafik Adreno 506 serta memori RAM 3GB dan ruangan storan 32GB. Ia juga menyokong sambungan 4G LTE dan dibekalkan bateri berkapasiti 3,505mAh dengan teknologi Quick Charge 3.0.

BlackBerry KEYone menggunakan kamera belakang 12 Megapiksel PDAF sensor jenis Sony IMX378, manakala kamera depan pula 8 Megapiksel dengan lensa sudut lebar 84 darjah.

Anda boleh mendapatkan BlackBerry KEYone di pengedar sah Brightstar bermula 20 Jun ini pada harga RM2,688 (termasuk GST).

You might also like