- Iklan -

Rekaan Mi MIX Alpha 2 Terdedah?? Hadir Dengan Skrin Yang Lebih Besar??!!

Baru-baru ini, terdapat laporan yang mendedahkan rekaan siri peranti Mi MIX Alpha 2 yang mana ia memperlihatkan inovasi terbaharu.

Menurut informasi yang tertiris, skrin Mix Alpha 2 adalah lebih besar berbanding siri yang terdahulu dan seperti biasa, ia hadir dengan skrin dengan paparan 360 darjah yang mengelilingi peranti ini.

Dari gambar ini, dapat kita lihat ia tidak dihadirkan dengan kamera hadapan, maka berkemungkinan, kamera belakang juga mampu bertindak sebagai kamera hadapan.

Sejauh manakah kebenarannya? Perlu kita nantikan ketika ia dilancarkan kelak.

You might also like