Reviu: 3 Aksesori Terbaru Keluaran SYLLABLE

SYLLABLE mungkin satu nama baru untuk pasaran Malaysia, tetapi jenama ini sememangnya terkenal di luar negara. SYLLABLE baru-baru ini telah membawa masuk tiga produk baru ke pasaran Malaysia yang diberi nama QCY D900 mini, QCY QY12 serta QCY G600. Nak tahu apa keistimewaan peranti ini, lihat reviu yang kami sediakan.

 

QCY D900 mini  Ι  Harga: RM 149.90

Memandangkan telah menjadi tren hari ini, kebanyakan pengeluar telah memperkenalkan earphone jenis in ear. Oleh itu, SYLLABLE juga tidak mahu ketinggalan dengan memperkenalkan model terbarunya, QCY D900 mini. Ia sebuah earphone pintar tanpa wayar, di mana menampilkan rekaan kecil dengan ciri-ciri lembut dan mudah membentuk di dalam telinga.

Selain mampu memberikan keselesaan yang berpanjangan kepada pengguna, D900 mini turut hadir dengan teknologi Superior Sound yang membolehkan pengguna mendengar muzik dan berbual di talian dengan lebih jelas tanpa sebarang gangguan. Bukan itu sahaja, peranti yang menawarkan masa penggunaan selama 2 jam ini boleh diletakkan sejauh 10 meter dari smartphone. Lebih istimewa, D900 mini turut didatangkan sekali dengan charging case bagi kemudahan anda mengecas peranti di mana sahaja berada.

 

QCY QY12  Ι  Harga: RM 89.90

Bagi mereka yang inginkan audio berkualiti, QCY QY12 adalah sebuah earphone yang amat selesa digunakan mengikut kesesuaian gaya hidup anda. Apabila tidak digunakan, peranti ini boleh digantung dengan selesa pada bahagian leher dan amat sesuai untuk mereka yang sering beralih di antara tugasan peribadi dan kerja pada bila-bila masa.

Fungsi Intelligent Magnatic

Sokongan teknologi Noise Reduction mampu menghasilkan audio berkualiti sempurna, malah turut menawarkan bateri berkapasiti 90mAh yang mampu bertahan selama 5 jam untuk mendengar muzik dan juga berbual di talian.

Butang Power & Mikrofon

Selain bebas mengawal muzik dan panggilan dengan hanya satu sentuh sahaja, QY12 telah dilengkapi dengan butang mikrofon dan juga fungsi Voice Prompt. Dilengkapi dengan fungsi Intelligent Magnatic, ia mampu menjimatkan bateri apabila tidak digunakan lagi.

 

QCY G600  Ι  Harga: RM 99.90

Sebuah lagi model yang diperkenalkan adalah QCY G600 yang memfokuskan untuk pengguna trendy. Headphone wayarles yang berhubung menggunakan sambungan Bluetooth 4.1 ini memiliki diameter 30mm yang dinamik, sekali gus mampu menghasilkan audio yang kaya dengan bunyi bass.

Ear-cup boleh dilaraskan

Selain rekaannya yang kompak, mudah untuk anda menyesuaikan ear-cup dengan telinga yang mana boleh dilaraskan mengikut kesesuaian telinga anda. Bukan itu sahaja, ear-cup yang dihasilkan juga sangat lembut serta menggunakan material berkualiti agar lebih selesa jika ingin mendengar muzik dalam jangka masa yang lama.

Port USB & 3.5mm audio jack

Dengan sekali isian penuh, headphone ini boleh digunakan sehingga 7 jam untuk mendengar muzik serta hanya 2 jam sahaja masa yang diambil untuk mengecasnya.

Butang Power & Mikrofon

Yang berminat, boleh dapatkan aksesori ini di Satu Gadget.

You might also like