Review Eksklusif: Nokia G21 Tahan Lasak & Lama!! Namun Berbaloikah Untuk Dimiliki?

Nokia baru sahaja mengumumkan satu siri peranti baru iaitu, Nokia G21. Sampai hari ini, Nokia cuba menawarkan peranti yang dibina untuk tahan lasak dan mempunyai jangka hayat yang lebih Panjang untuk pengguna ia.

Nokia G21 ini rasa sangat ringan dan nipis bila diangkat. Reka bentuk yang ergonomic memastikan peranti ini sedap rasa di tangan. Terkenal dengan ketahanan peranti yang ditawarkan oleh Nokia, permikaan belakang peranti ini dibuat daripada polikarbonat yang tahan lasak.

Menriknya megenai peranti ini, ia hadir dengan Paparan 6.5” yang boleh mencapai kadar penyegaran setinggi 90Hz. Ini memastikan pengguna mempunyai pengalaman yang lebih lancer dan menavigasi dari aplikasi ke aplikasi dengan lebih lancar.

Peranti Nokia G21 ini dilengkapi dengan Andriod 11 OS dan Nokia janji dengan pengguna ia untuk bagi peningkatan OS sehingga dua tahun dan kemas kini keselamatan pertanti ini setiap buklan untuk tiga tahun. Ini adalah dua kali lebih daripada peranti yang lain dalam harga yang serupa dia.
Memandangkan kita selalunya dengar cerita-cerita serangan siber berlaku di sekeliling kita, Nokia memastikan perantinya kemas kini perisian keselamatan dia untuk melindungi data anda sama ada semasa anda guna media social, e-mel atau pembayaran dari e-dompet.

Kalau nak cakap tentang fungsi keselamatan peranti ini, Nokia G21 dilengkapi dengan kod laluan, sensor cap jari pada butang kuasa dan fungsi imbas muka yang boleh diguna walaupun anda sedang pakai topeng muka. Peranti ini juga pra-muat dengan edisi percubaaan yang Express VPN (30 hari) untuk menjaga privisi dan keselamatan anda bila anda melayari internet.

Batteri Nokia G21 ini boleh tahan selama 3 hari dengan purata penggunaan harian selama 5 jam. Jika mod Super Penjimat Bateri dipakai, ia boleh tahan kira-kira 5 hari tanpa perlu until mengecas telefon anda lagi.

Kamera peranti ini dilengkapi dengan tiga kanta kamera sebanyak 50MP untuk keperluuan fotografi anda. Ini gambar yang ditangkap dengan camera Nokia G21.

Nokia G21 ini sesuai untuk anda jika anda sedang cari peranti yang mempunyai tempoh kitaran hayat yang lebih lama dan ada hayat bateri yang tahan lama. Telefon pintar ini sesuai dengan keperluan mereka yang hanya perlu memastikan peranti mereka ringkas dan selamat. Nokia juga berhasrat untuk memastikan telefon ini disokong dan diselenggara sepanjang kitaran hayat yang panjang supaya anda tidak perlu risau untuk menukar telefon kerana tidak dapat mengemas kininya kepada perisian terkini. Pada titik harga RM 799, ia diperlengkap dengan semua fungi yang anda perlukan dalam telefon pintar dengan sokongan keselamatan yang sangat baik. Ia dijual di Shopee sehingga 9 September dengan harga RM759 dan anda boleh membelinya di sini. Anda juga boleh melayari Nokia Mobile Shopee untuk mendapatkan maklumat lanjut.

You might also like