
[Khabar Angin] iPhone 2018 Bakal Menggunakan Slot Dual SIM?!
Slot Dual SIM nampaknya sangat memudahkan kepada pengguna Android, tetapi tidak pada pengguna iOS. Itu sebabnya ramai peminat iOS agak kecewa terhadap keputusan Apple yang masih tidak menyokong teknologi dual SIM pada peranti terbarunya.

Kekecewaan ini mungkin dapat “dihapuskan” tidak lama lagi, kerana menurut penganalisis Ming Chi Kuo dari KGI Securities, mereka sedang merancang ingin memperkenalkan fungsi dual SIM pada model iPhone 2018.
Dikhabarkan Apple akan menggunakan cipset Intel XMM 7560 dan Qualcomm Snapdragon X20 pada generasi akan datang. Kedua-dua cipset ini mampu menyokong teknologi 4 × 4 MIMO, di mana iPhone 8, 8 Plus dan X yang dilancarkan tidak lama sahaja hanya menyokong 2 × 2 MIMO. Penggunaan cipset terbaru ini secara keseluruhannya akan meningkatkan kelajuan rangkaian LTE.
Adakah khabar angin ini akan menjadi realiti? Kita tunggu sahaja pengesahan rasmi dari Apple!

