HONOR MagicBook Pro Kini Rasmi – Dijual Pada Harga bermula Dari RM3291

HONOR bukan hanya melancarkan siri peranti HONOR 9X, tetapi turut memperkenalkan komputer riba terbaharunya iaitu HONOR MagicBook Pro dan dijual pada harga bermula dari RMB5499(kira-kira RM3291).

Skrin penuh 16.1 inci, dengan nisbah skrin 90%, adalah komputer nisbah skrin terbesar dalam notebook notebook 16 inci, dengan skrin perlindungan mata.

Menariknya, komputer riba ini direka dengan badan logam nipis, ia 130g lebih ringan daripada MacBook Pro.

Kuasa dalamannya juga baik apabila dihadirkan dengan Intel Core generasi kelapan, i7-8565U tertinggi dan NVIDIA GeForce MX250.

Sistem penyejukkan juga ditahap terbaik apabila tampil dengan pendinginan kipas dwi + teknologi pengurangan bunyi bising.

Ini adalah keunikan pada komputer riba ini kerana ia hadir dengan sokongan Magic-link 2.0.

bagi MagicBook Pro, ia bakal hadir dengan 2 varian iaitu intel i5 dan intel i7 yang mana masing-masing dijual pada harga RMB5499(kira-kira RM3291) dan RMB6199(kira-kira RM3710 ).

 

 

You might also like