Maxis Memulakan Operasi Penghantaran 24 Jam iPhone 7

Tepat jam 12 pagi pada 14 Oktober yang lalu, Maxis telah memulakan 24-Hour Maxis Everywhere Express, operasi penghantaran iPhone 7 yang terbesar selama 24 jam di Malaysia. 400 iPhone telah dihantar kepada pelanggan di seluruh negara, termasuk Georgetown Pulau Pinang, Semporna Sabah dan Jerantut Pahang.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Morten Lundal, telah mengejutkan Jezzriq (Jezz) Bin Eddie Kismilardy, pemain keyboard untuk kumpulan Hydra ketika sedang membuat persembahan bersama kumpulannya.
Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Morten Lundal, telah mengejutkan Jezzriq (Jezz) Bin Eddie Kismilardy, pemain keyboard untuk kumpulan Hydra ketika sedang membuat persembahan bersama kumpulannya.

Antara 800 pekerja Maxis yang mengambil bahagian dalam penghantaran tengah malam tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Morten Lundal, yang telah mengejutkan Jezzriq (Jezz) Bin Eddie Kismilardy, pemain keyboard untuk kumpulan Hydra ketika beliau sedang membuat persembahan bersama kumpulannya.

 

Noel Fong dari Semporna, Sabah merupakan peminat besar produk Apple dan berjaya menjadi antara yang pertama untuk memilikinya.
Noel Fong dari Semporna, Sabah merupakan peminat besar produk Apple dan berjaya menjadi antara yang pertama untuk memilikinya.

Pelanggan yang menerima iPhone mereka pada tengah malam 14 Oktober adalah Noel Fong dari Semporna, Sabah, serta Mathanan A/L Mohan dari Rawang. Bagi pelanggan yang ingin membuat kutipan sendiri, Maxis telah memperluaskan pusat koleksi ke lebih 100 lokasi di seluruh negara, termasuk semua Pusat Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis.

Mathanan A/L Mohan dari Rawang adalah pelanggan Maxis yang pertama mendapatkan iPhone 7 Plus dari Pusat Maxis KLCC.
Mathanan A/L Mohan dari Rawang adalah pelanggan Maxis yang pertama mendapatkan iPhone 7 Plus dari Pusat Maxis KLCC.

Bagi pelanggan yang terlepas peluang untuk membuat tempahan awal, Maxis telah menawarkan Maxis RealView suatu penyemak stok yang menyediakan maklumat stok yang dikemaskini setiap jam mengenai kedai-kedai yang mempunyai stok model telefon atau warna pilihan mereka. Dengan cara ini, pelanggan tidak perlu membazir masa mencari telefon mereka.

You might also like