
HomeAway, Pastikan Keadaan Hotel Memuaskan!
Ingin bercuti tetapi tidak tahu hotel mana yang harus dipilih bagi memastikan keadaan anda selamat dan puas hati dengan layanan yang diberikan? Apa kata anda mencuba aplikasi HomeAway (sebelum ini dikenali sebagai travelmob) yang ditawarkan secara percuma untuk pengguna Android dan iOS. HomeAway bukan sahaja membantu mencari hotel bajet, tetapi juga bilik yang selesa, pangsapuri yang luas dan juga pulau persendirian yang memiliki villa mewah.
Apa yang menarik, aplikasi ini telah diasingkan kepada dua kategori iaitu TRAVELS serta HOSTS. Selain boleh mendapatkan harga promosi setiap hari, HomeAway turut dilengkapi dengan navigasi bagi memudahkan anda mencari hotel tersebut.
Muat Turun