
Maya – My Period Tracker, BFF Gadis!
Nak tahu tarikh kesuburan atau merancang kehamilan? Apa kata anda mencuba aplikasi Maya – My Period Tracker daripada Google Play dan juga Apps Store. Selain dapat membantu anda untuk mengetahui tarikh datang bulan dan berakhirnya period tersebut, aplikasi ini juga dapat menjaga kitaran haid dan sekali gus mengetahui tahap kesuburan anda pada setiap bulan.
Aplikasi ini juga akan memberitahu simpton-simpton yang biasanya berlaku sekiranya datang bulan seperti Acne, Backaches, Bloating, Bodyasches, Costipation dan juga Cramps. Menariknya lagi, Maya – My Period Tracker boleh dijadikan sebagai diari di mana terdapat beberapa mood yang boleh digunakan serta turut disediakan dengan kata laluan bagi menjaga privasi pengguna.