
Sudah biasa mendengar dengan kualiti audio berkualiti tinggi ketika mendengar muzik ataupun menjawab panggilan melalui earphone? Kini, anda boleh melakukan kedua-duanya sekali melalui Jabra Halo Smart Wireless dengan harga RM 399.
Selain boleh menjawab panggilan ketika sedang menikmati muzik kegemaran, panggilan terus boleh dijawab dalam kualiti audio terbaik walau di mana sahaja berada. Halo Smart Wireless juga secara automatik akan mengasingkan bunyi bising dan angin di persekitaran anda menerusi teknologi yang tersedia.
Istimewanya lagi, ia turut menyokong fungsi Siri dan Google Now hanya dengan satu sentuhan sahaja. Menawarkan masa berbual selama 17 jam serta masa untuk mendengar muzik selama 15 jam, ia boleh dipadankan dengan dua peranti serentak menerusi teknologi inovatif, Multiuse.
Muat turun aplikasi Jabra Assist untuk memantau beberapa perkara penting Halo Smart Wireless.