
Seperti sedia maklum, kebanyakan smartphone yang diperkenalkan hari ini hadir dengan teknologi pengecasan pantas. Tetapi bagaimana pula dengan power bank? Apakah power bank yang dikeluarkan menyokong teknologi ini?
Kepada anda yang mempunyai smartphone dengan sokongan pengecasan pantas tetapi tidak tahu power bank apa yang hadir dengan teknologi tersebut, GP Portable PowerBank FP10MB patut anda miliki! Menawarkan kapasiti bateri sebesar 10,000mAh, power bank ini menyokong Quick Charge 2.0 yang mampu mengecas peranti anda sebanyak 60% dalam masa 30 minit dan mengecas semula power bank 75% lebih pantas berbanding pengecasan biasa.
Jangan risau mengenai keselamatannya, kerana GP Portable PowerBank FP10MB dilindungi daripada suhu rendah dan tinggi yang melampau serta mematuhi UN 38.3 standard keselamatan pengangkutan udara yang akan memberi perlindungan terhadap smartphone dan power bank anda. GP Portable PowerBank FP10MB hadir dalam 2 warna, sesuai untuk mereka yang bergaya.
Kehadiran 4 lampu LED memudahkan anda untuk mengetahui status power bank yang tinggal. GP Portable PowerBank FP10MB hadir dalam 2 warna, sesuai untuk mereka yang bergaya.