Sistem Rakaman Video Kenderaan Terbaru Di Pasaran Dari Syarikat Tempatan

1Eagle I CVR ialah syarikat berpangkalan di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2015. Misi syarikat adalah untuk melindungi pengguna automobil dan orang tersayang daripada jenayah & kemalangan kenderaan di Malaysia. Pada tahun 2016, Eagle I mempunyai lebih 600 pengedar dan 15 pusat perkhidmatan di Malaysia. Sasaran syarikat tersebut adalah untuk mencapai lebih 1,000 pengedar dan 50 pusat perkhidmatan pada tahun ini 2017.

Baru-baru ini Eagle I CVR secara rasminya telah mengumumkan perakam video kereta terbaru mereka untuk pasaran tempatan, dikenali sebagai Vision 1. Vision 1 mampu untuk merekod video penting semasa kemalangan dan ia dibina dengan perkakasan berkualiti yang mampu menangkap imej berdefinisi tinggi, sekaligus memudahkan anda untuk merujuk rakaman kejadian yang berlaku sekiranya perlu.

vision-1Vision 1 menawarkan skrin 3.5 inci 16: 9 dengan resolusi paparan 480 x 320 piksel. Ia dikuasakan oleh cip pemproses MT6735VCM dengan 1GB RAM dan 8GB ROM yang mampu ditambah dengan memasukkan kad microSD berkapasiti sehingga 32GB.

Dengan kemudahan rangkaian mudah alih dan Wi-Fi, anda juga boleh berkongsi video yang dirakam Vision 1 serta-merta tanpa perlu menunggu untuk memindahkan ke peranti lain untuk melihatnya. Tambahan pula, dengan integrasi aplikasi WeChat ke dalam peranti ini, ia juga memberikan anda kemudahan untuk berkongsi video kepada rakan-rakan WeChat anda dengan hanya beberapa klik.

dnx_000029Fungsi menarik Vision 1
Loop Recording

Teknologi rakaman pintar membolehkan Vision 1 untuk terus merakam video apabila memori dalaman penuh, ia menulis dan menggantikan data-data lama. Anda juga boleh mengunci data video lama yang anda mahu kekalkan agar ia tidak hilang digantikan video baru.

Find Your Car

Mengesan lokasi, gambar dan video kereta melalui WeChat.

Auto Video Lock

Sensor terbina dalam secara automatik akan merakam video apabila ia mengesan kereta secara tiba-tiba di nyah-pecutan, mengalami impak kuat atau gangguan lain dari corak pemanduan biasa. Ciri ini membolehkan anda mendapatkan rujukan video sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Moments Capture

Tangkap gambar pemandangan yang indah dengan hanya satu klik, kemudian muat naik dan kongsi gambar-gambar anda melalui WeChat atau platform media sosial yang lain serta-merta dengan WiFi Vision 1 dan fungsi 4G.

WiFi Hotspot Sharing

Vision 1 boleh bertindak sebagai hotspot untuk anda gunakan ketika di dalam perjalanan.

Pickup Anda Navigation WeChat

Rakan di dalam WeChat anda kini boleh berkongsi lokasi mereka secara langsung kepada VISION 1. Lokasi mereka akan dipaparkan pada VISI 1 dan anda boleh menggunakan fungsi navigasi untuk ke lokasi rakan anda.

Capture WeChat

Dengan sambungan 4G yang aktif, anda kini boleh menggunakan WeChat untuk menangkap video atau foto.

dnx_000012

Spesifikasi Vision 1

Cip Pemproses MT6735VCM
Sistem Operasi Android 5.1
Skrin LED 3.5 inci, 480 x 320 piksel
Dimensi 97mm (L) x 61mm (H) x 18mm (W)
Berat 127g
Memori RAM: 1GB
ROM: 8GB
Sokongan MicroSD Slot 32GB
SIM Kad Micro SIM
Wireless 802.11 a/b/g/n
Sensor GPS, G Sensor
Kamera Rakaman video sehingga resolusi 1080P
Format video: 3GPIris-M1
Format gambar: JPG
Bateri 400mAh
Harga RM 738

 

Selain Vision 1, Eagle I CVR juga melancarkan peranti rakaman kereta mampu milik, dikenali sebagai Iris-M1 yang dijual pada harga RM 448.

view

Spesifikasi Iris-M1

Skrin 5 inci HD dengan darjah paparan 140°
Dimensi 264mm X 71mm X 10mm (tanpa kamera)
Berat 210g
Kamera (Pilihan) Rakaman video sehingga resolusi 1080P
Format video: AVI
Format gambar: JPG
Bateri 380mAh
Harga RM 448

 

Bagi setiap pembelian Vision 1 CVR, anda akan menerima kad SIM RedOne secara percuma. Selain itu, Eagle I akan menawarkan perlindungan insurans kemalangan bernilai RM30,000 untuk setiap pembelian produk Eagle I CVR.

with-camera

You might also like