WeChat Pay MY Kini Rasmi! Duit Poket Dari RM3.88 ~ RM88.88 Diberikan Secara Percuma!

2378
- Iklan -

Servis pembayaran tanpa tunai WeChat Pay MY telahpun dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada bulan Jun yang lalu, tetapi pada masa itu hanya terhad kepada perkhidmatan tambah nilai untuk akaun prabayar telco dan membeli tiket pengangkutan.

Hari ini pihak WeChat Malaysia telah merasmikan perkhidmatan WeChat Pay MY yang lebih memudahkan segala kerja pembayaran tanpa tunai (RM) dan pemindahan wang. Berikutan perasmian ini juga tawaran duit poket bernilai RM3.88 ~ RM88.88 akan diberikan secara rawak bermula hari ini hingga 28 Ogos 2018, hanya perlu mengimbas kod QR sahaja. Di samping itu, RM2 baucer tunai untuk tambah nilai akaun prabayar turut disertakan.

Tambah nilai akaun prabayar: Altel, Celcom, Digi, Maxis, Friendi, Merchantrade, Tune Talk, U Mobile dan XOX.

Langkah 1: Buka aplikasi WeChat, klik “+” di sebelah kanan atas skrin, pilih “Scan QR Code”.

 

Langkah 2: Imbas kod dan klik “Open” untuk mendapatkan duit poket anda.

 

Langkah 3: Selepas menebus duit poket, balik ke halaman pertama, klik “Claim Now” di bawah untuk mendapatkan RM2 baucer tunai bagi tambah nilai akaun prabayar.