
IFA 2019 : LG K50S & LG K40S Diperkenal – Penambahbaikan Menyeluruh & Lebih Mesra Pengguna
LG Electronics (LG) kini memperkenalkan peranti terbaharu mereka iaitu LG K50S dan LG K40S di acara IFA 2019 yang berlangsung di Berlin, Jerman. Kemunculan peranti ini sekaligus mengembangkan lagi rangkaian peranti LG dengan ciri menarik pada harga lebih mesra pengguna.

LG K50S
LG K50S membawakan paparan bersaiz 6.5 inci dengan resolusi HD+ dan nisbah aspek 19:5:9. Peranti ini dikuasakan dengan CPU Octa-Core berkelajuan 2.0GHz serta memori sehingga 3GB RAM dan storan dalaman 32GB ROM. Untuk kamera, ia membawakan persediaan tiga kamera utama dengan lensa : 13MP + 2MP + 5MP dan kamera selfie sebesar 13MP. Melengkapinya, bateri berkapasiti 4,000 mAh dan sistem operasi digunakan adalah Android 9 Pie.
LG K40S
LG K40S dibina dengan paparan bersaiz 6.1 inci dengan nisbah aspek 19:5:9. Resolusi digunakan adalah HD+. Untuk memori ia membawakan RAM sehingga 3GB dan storan dalaman 32GB ROM. Sama seperti, LG K50S dikuasakan dengan CPU Octa-Core berkelajuan 2.0GHz. Untuk kamera, ia membawakan dwi kamera utama dengan gabungan lensa 13MP + 2MP dan kamera swafoto 13MP. Bateri pula sebesar 3,500 mAh dan sistem operasi digunakan adalah Android 9 Pie.
LG K50S dan LG K40S tersedia dalam dua warna menarik seperti New Aurora Black and New Moroccan Blue – akan tersedia di pasaran Eropah, Amerika Latin dan Asia bermula bulan Oktober kelak.





