Samsung Galaxy M30s Bakal Sokong Bateri 6,000 mAh – Diperkenal Pada 18 September 2019!

Sebelum ini ramai yang berteka-teki mengenai peranti terbaru Samsung dengan kapasiti 6,000mAh kan? Okay gais! Akhirnya terjawab…Peranti dimaksudkan adalah Samsung M30s! Aha! Apa yang menariknya lagi, Samsung kini mendedahkan ia bakal diperkenal pada 18 September 2019! Wow!

Video penggoda juga kini telah dikongsi menerusi laman Amazon India – sekaligus mendedahkan beberapa ciri utama peranti. Memetik video pendek tersebut, peranti ini bakal membawakan paparan Infinity-U dengan panel Super AMOLED.

Selain itu, ia juga bakal dibina dengan persediaan tiga kamera utama dan paling penting adalah bateri berkepasiti 6,000mAh! Pun begitu, Samsung masih berteka-teki mengenai cip pemproses yang digunapakai- sebaliknya terus menggoda dengan persediaan cip yang berkuasa.

Jika diteliti, rekaan kamera terlihat agak berbeza untuk kali ini – di mana lensa utama dan LED Flash berkongsi dalam ‘rumah’ yang sama. Seterusnya, ia dilihat menyertakan sokongan pengimbas cap jari fizikal pada panel belakang untuk tujuan keselamatan. Anda teruja? Sama-sama kita tunggu!

[SUMBER]

You might also like