
Di zaman ekonomi yang semakin sempit ini pasti ramai yang sedang bergelut dengan perbelanjaan. Untuk membantu anda menjimatkan kos perjalanan, Grab telah mengumumkan harga tambang per km terbaru.
Harga asas RM 1 masih dikekalkan dan bagi setiap km perjalanan yang anda ambil, anda akan dicas RM 1.10 berbanding sebelum ini di mana anda perlu membayar RM 1.30.
Namun harga baru ini hanya berkuat kuasa bagi perjalanan di Lembah Klang (KL dan kawasan sekitar Selangor) pada hujung minggu (sepanjang hari) dan pada hari biasa pada waktu di luar kemuncak (waktu kemuncak adalah pada 6 pagi hingga 10 pagi dan 5 petang sehingga 8 malam).


