Dapatkan Hadiah Istimewa Heroes Of The Dungeon!

1Heroes of the Dungeon akan mula dilancarkan secara global pada hujung bulan ini. Bagi meraikan hari bersejarah itu, pembina aplikasi telah membuka tawaran kepada anda semua untuk mendapatkan barangan di dalam permainan seperti 5 Berserker Soulstones dan item-item naik taraf karakter lain yang bernilai USD 29.99 (RM 126.04).

2Apa yang anda perlu lakukan adalah layari laman web pra daftar dan masukkan alamat e-mel. Kod tebusan akan dihantar kepada emel yang telah didaftarkan pada hari pelancaran global kelak.

3Kami mendapati permainan ini sudah siap sedia dimuat turun bagi pengguna Android di Malaysia, sementara itu untuk pengguna iOS anda perlu menunggu sedikit masa lagi untuk bermain permainan ini.

You might also like