Paparan Boleh Lentur Dari Xiaomi Diperlihatkan!

Lenovo, Samsung, LG dan Xiaomi merupakan nama-nama besar yang dilaporkan sedang berusaha membawa smartphone dengan paparan boleh lentur ke dalam pasaran, produk paparan ini masih dirahsiakan dan amat sukar untuk kita melihat bukti perkembangannya.

Tapi dah ada sinar harapan yang cerah yang tidak lama lagi kita bakal menggunakan paparan boleh lentur, satu video berdurasi pendek menunjukkan sebuah paparan melengkung milik Xiaomi yang berfungsi sepenuhnya.

https://www.youtube.com/watch?v=1CBvv9H3Vy4

Tidak pasti bilakah kita akan dapat melihat paparan jenis ini digunakan di dalam pasaran, namun melihatkan kemampuan dan rekod Xiaomi yang selalu sahaja mengejutkan kita, tidak hairan jika tidak lama lagi paparan boleh lentur akan siap sedia digunakan secara meluas.

You might also like