- Iklan -

OPPO Lancarkan Program ColorOS 6 Open Beta Berasaskan Android Pie Untuk OPPO F9

Khabar baik bagi pengguna OPPO F9! Pihak OPPO Malaysia kini mengumumkan ketersediaan ColorOS 6 Open Beta yang berasaskan Android 9 Pie bagi peranti F9 milik mereka.

[ Reviu Eksklusif: OPPO F9, 5 Fokus Utama Di Bawah RM1,399! ]

ColorOS 6 Open Beta mengintegrasikan ciri-ciri baharu yang sangat praktikal dimiliki dalam Android Pie, seperti keupayaan AI yang dipertingkatkan pada sokongan Google Assistant, ARcore dan Google Lens. Penggabungan OPPO dalam pembaharuan perisian terkini memberikan pengalaman yang lebih lancar, pintar dan lebih mesra pengguna untuk penggunanya.

Sama seperti UI yang tersedia dalam peranti baharu OPPO, ColorOS 6 untuk F9 juga mengutamakan konsep reka bentuk ringkas dengan tampilan warna cerah. Bagi penggambaran pula, ColorOS 6 menawarkan 2 ciri baharu iaitu Mod Dazzle Color untuk menghasilkan gambar dengan warna yang lebih menawan, serta Mod Portrait yang menyediakan 5 pilihan efek.

Dazzle Color Off
Dazzle Color On

Tidak ketinggalan sokongan ciri Game Boost 2.0 yang telah dinaiktaraf dalam memberikan prestasi bermain yang cukup optimum. Tambahan pula, penampilan teknologi baharu “Touch Boost’ dan “Frame Boost” meningkatkan rasa sentuhan dan kestabilan kadar frame yang mana peningkatan prestasi sehingga 38%.

Keselamatan pembayaran dan perlindungan privasi juga sangat penting bagi setiap pengguna peranti mudah alih, jadi ColorOS 6 turut memperkenalkan ciri keselamatan yang berfungsi untuk melindungi data peribadi, antaranya App Encryption, Private Safe dan Find my device.

Selain itu, untuk memastikan keselamatan pembayaran, ColorOS 6 juga menawarkan ciri payment blocking secara automatik, pengesahan identiti pembayaran dan pemantauan terhadap aplikasi pembayaran.

ColorOS 6 Open Beta untuk OPPO F9 dijadualkan bermula pada hujung Julai 2019, peranti OPPO yang lain juga akan menerima kemas kini seperti Find X dijanjikan pada Ogos, berikutan bagi siri R17, R15, F7 serta F7 Youth pada September nanti.

 

You might also like