vivo S1 Kini Rasmi – Trendsetter Baharu Pada Harga RM1,099

vivo baru sahaja melancarkan satu lagi peranti terbaharu bagi pasaran Malaysia, dikenali sebagai vivo S1 dan akan dijual pada harga RM1,099.

Spesifikasi peranti ini adalah sangat baik berdasarkan kelasnya, hadir dengan skrin bersaiz 6.38 inci FHD+ Super AMOLED Ultra All Screen, mencapai nisbah 19.5:9 dengan peratusan skrin-ke-kerangka sebanyak 90%.

vivo S1 hadir dengan FunTouch OS 9 berdasarkan Android 9 Pie, ia dikuasakan cip pemproses MediaTek Helio P65 berkelajuan Octa-core dan disertakan dengan memori 6GB RAM bersama 128GB ROM.

Kamera juga tidak mengecewakan, vivo S1 hadir dengan kamera swafoto 32MP yang mana menyokong pelbagai ciri-ciri AI seperti AI Selfie Lighting, AI Filter, AR Stickers dan AI Face Beauty.

Kamera utama juga tidak diabaikan apabila ia tampil dengan AI tri-kamera 16MP + 8MP AI Super-Wide Angle + 2MP Depth Sensor Camera bagi penggambaran portrait atau hasil bokeh yang lebih menarik.

Kapasiti bateri boleh dikatakan cukup besar dengan 4,500mAh, teknologi pengecasan pantas Dual-Engine Fast Charging turut dilengkapi bagi memaksimumkan penggunaan pada vivo S1.

Peranti ini turut dihadirkan dengan Screen Touch ID Fingerprint Sensor, Ultra Game Mode, Smart Button dan AI Jovi yang mana sangat menepati imej vivo S1 sebagai sebuah peranti trendsetter.

Peranti ini hadir dalam 2 varian warna iaitu Diamond Black dan Skyline Blue, akan dijual secara rasmi pada harga RM1,099 mulai 27 Julai 2019 di semua Vivo Concept Stores, rakan e-dagang serta pengedar sah.

Sebelum ini anda boleh membuat pra-tempahan mulai hari ini sehingga 26 Julai 2019, di rakan e-dagang seperti Lazada, Shopee, Presto Mall dan Vivo Store. [ INFO PRA-TEMPAHAN ]

You might also like