Waze Menyokong Program Stadium, Marathon Dan Acara

Waze Global Event Partner Program - All ScreensWaze kini telah melancarkan fungsi sokongan terbaru dalam aplikasi pengurusan trafik dan juga navigasi mereka. Di California, satu acara marathon menjadi antara acara pertama di mana Waze memperkenalkan fungsi ini. Penduduk sekitar, pengunjung dan juga sesiapa sahaja yang memandu di kawasan yang menjadi hos acara akan dapat melihat trafik, notifikasi penutupan jalan dan lain-lain lagi peringatan berkenaan acara tersebut.

Waze bekerjasama dengan penganjur bagi memastikan pengguna mendapat maklumat dengan pantas dan tepat berkenaan laluan perjalanan mereka. Ini bagi mengelakkan pengguna menggunakan jalan yang telah ditutup sempena upacara, sekaligus meningkatkan lagi keselamatan pengunjung. Fungsi ini juga akan mula diperluaskan untuk acara mingguan seperti perlawanan bola sepak di stadium, dan acara-acara besar yang lain.

 

 

 

You might also like