
HUAWEI Failkan Tanda Dagang Untuk Fon Kepala? Bakal Dikenali Sebagai “HUAWEI NovaBuds”?
HUAWEI nampaknya kini dalam perancangan mengembangkan lagi portfolio di bawah siri Nova. Terbaharu, syarikat ini dikatakan telah menfailkan tanda dagangan untuk “HUAWEI NovaBuds” di Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO) di bawah kategori – Fon kepala, fon telinga dan banyak lagi.

Pun begitu, tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi buat masa ini tetapi kita boleh mengharapkan ia bakal mewarisi beberapa teknologi hebat daripada HUAWEI FreeBuds3 dan HUAWEI FlyPods3. Terdapat sumber mengatakan HUAWEI bakal muncul dengan pelbagai wearables pintar seperti smartwatch, alat dengar tanpa wayar dan sebagainya. Jadi, mungkin kita bakal melihat lebih banyak tanda dagang yang bakal muncul pada masa akan datang.
[ SUMBER ]

