Sah! Honor 8 Pro Akan Dilancarkan Pada Bulan Julai Ini

Sah! Honor Malaysia hari ini mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan telefon pintar Honor 8 Pro pada bulan Julai depan.

Rekaan kerangka luar yang dikemaskan oleh logam dengan potongan berlian akan memikat siapa sahaja yang memandangnya. Paparan skrin hadir dengan saiz 5.7 inci Quad HD bersama resolusi 515ppi serta sistem dwi kamera 12 Megapiksel.

Honor 8 Pro ini direka khusus untuk semua pengguna supaya ia sesuai digunakan dalam aktiviti seharian. Sementara itu, bagi kaki game pengalaman yang lebih akan diberikan kerana ia memiliki pemproses HiSilicon Kirin 960 dan sistem grafik Mali-G71 MP8 serta kapasiti bateri sebesar 4,000mAh.

Honor 8 Pro juga bercirikan teknologi generasi masa depan dengan rekaan nipis mencecah 6.97mm sahaja, malah ia boleh mula menerima pra-tempah dalam masa terdekat ini.

You might also like