
MICRO, Adapter Travel Universal Terkecil di Dunia
Pasti ramai di kalangan pembaca eRing yang sering melancong ke luar negara kan? Tetapi dalam masa yang sama sukar untuk mencari adapter dengan rekaan kompak bukan? Kini hadir satu aksesori yang sangat berguna apabila anda ke luar negara dan ia merupakan adapter travel universal terkecil di dunia, MICRO.
Apa yang kami suka mengenai adapter ini adalah rekaanya yang kompak berukuran 60 x 310 x 180mm, manakala beratnya hanya 40g, hampir 60% lebih kecil berbanding yang dijual di pasaran sekarang.
Walaupun menampilkan rekaan kompak, jangan terkejut kerana alat ini boleh digunakan di sebanyak 150 negara. Jika berminat, anda boleh membuat pra-tempah di Kickstarter.

