Neffos Nak Lancarkan Peranti Dengan Skrin 18:9, Snapdragon 835?

Neffos yang bernaung di bawah jenama TP-Link berkemungkinan akan melancarkan sebuah telefon pintar serba baharu menggunakan skrin dengan nisbah 18:9. Bukan itu sahaja, peranti ini juga bakal menerima konfigurasi dwi-kamera dan pemproses Snapdragon 835.

Ada sumber yang mengatakan kamera yang dibekalkan menggunakan sensor 16 Megapiksel dan 20 Megapiksel termasuk 2x zum optikal. Sementara kamera di sebelah depan Neffos menggunakan sensor 16 Megapiksel secara tunggal.

Telefon yang belum diberi nama ini turut dilengkapi dengan RAM sebesar 6GB serta sistem operasi Android 8.0 Oreo.

Jika sebelum ini Neffos terkenal menampilkan telefon pada kategori pertengahan dan ke bawah, dengan adanya model ini sedikit sebanyak dapat memberi kesan kepada jenama-jenama lain di luar sana.

Bagaimanapun buat masa ini, pihak Neffos yang berpengkalan di China masih belum mengeluarkan kata putus bilakah ia akan diperkenalkan.

You might also like