
Sejak semalam, ramai teman-teman di group WhatsApp sibuk duk ‘tag’ nama-nama yang ada dalam group. Rupanya WhatsApp telah mula memperkenalkan sokongan ‘tag’ untuk mesej secara berkumpulan, ia sekali gus memudahkan untuk menghantar mesej kepada seseorang apabila berada di dalam group yang sama.
Jika anda ingin menghantar mesej kepada seseorang yang ada di dalam group sama, hanya perlu tekan simbol “@”, ia akan memaparkan pilihan nama yang ada di dalam group tersebut. Sekiranya nama tidak disimpan, anda juga boleh melihat pilihan nombor telefon pada bahagian berkenaan. Dengan adanya fungsi ini, ia membolehkan notifikasi dihantar kepada pengguna walaupun group tersebut telah di mute.

