Si Kecil Selamat Dengan Pelan Istimewa MaxisONE Kid

4
Arjun Varma, Maxis’ Head of Postpaid dan Adelle Gregory, Maxis’ Head of Digital Services (3 dari kanan), melancarkan pelan pascabayar MaxisONE Kid secara rasminya.

Kejadian tidak diingini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kira jantina ataupun usia. Kanak-kanak merupakan golongan yang lebih terdedah kepada bahaya kerana mereka berada pada usia di mana mereka tidak mampu mempertahankan diri dan mengambil keputusan di saat-saat genting.

Peranti keselamatan seperti penjejak merupakan salah satu solusi yang boleh diambil ibu-bapa bagi memastikan mereka sentiasa tenang apabila berjauhan dengan anak. Oleh itu, Maxis menawarkan pakej istimewa bagi ibu-bapa yang mahukan satu sistem sekuriti bersama-sama anak mereka.

tvc_end_frame_r6

Memperkenalkan MaxisONE Kid, satu pelan pascabayar direka khas yang dilengkapi dengan telefon pintar khas untuk kanak-kanak. Menggunakan jam tangan MaxisONE Kid, ibu bapa boleh memantau lokasi anak-anak mereka dan berkomunikasi dengan mereka secara mudah walaupun anak-anak mereka tidak memiliki telefon pintar.

2Satu ciri istimewa yang terdapat dalam jam MaxisONE Kid adalah fungsi GPS, yang dapat membantu mengesan dan menghantar lokasi dan pergerakan masa nyata kanak-kanak ke sebuah aplikasi yang terdapat pada telefon pintar ibu bapa. Aplikasi ini juga membolehkan ibu bapa untuk menguruskan senarai kenalan anak mereka, menetapkan amaran untuk dihantar apabila kanak-kanak memasuki zon selamat dan berbahaya, menghantar mesej teks, membuat panggilan dan menerima gambar yang diambil dari jam pintar kanak-kanak.tvc_end_frame_r6

Aplikasi ini juga membolehkan ibu bapa untuk “matikan” fungsi panggilan dan berbual semasa waktu sekolah untuk memastikan tiada gangguan semasa kanak-kanak berada di sekolah. Aplikasi ini juga memaparkan hayat bateri jam tangan pintar dan juga bilangan langkah yang diambil oleh kanak-kanak tersebut pada siang hari.

3Dengan MaxisONE Kid, anda akan menikmati:-

  1. Pengesanan pintar
    Laporan lokasi masa nyata yang tepat dan sejarah lokasi anak-anak anda. Anda juga boleh melaraskan kekerapan lokasi anak anda dikemaskini dalam peta.
  2. Panggilan tanpa had
    Buat panggilan tanpa had ke 10 nombor pilihan anda pada mana-mana rangkaian. Ini membolehkan ibu bapa untuk mengawal nombor yang boleh ditelefon oleh anak mereka dan siapa yang boleh menelefon anak mereka.
  3. Keselamatan pintar
    Mod mendengar jauh (keupayaan untuk mendengar persekitaran anak anda) dan fungsi panggilan SOS satu sentuhan sekiranya berlaku kecemasan.
  4. Ciri-ciri tambahan yang menarik
    Fungsi panggilan dua hala dengan kamera 0.3MP dan pedometer yang sudah terbina dalam telefon tersebut.
  5. Kongsi penjagaan
    Tetapkan sehingga 4 penjaga yang boleh memantau lokasi kanak-kanak.

Butiran Pakej:-

  1. Setiap pakej pembelian hadir dengan satu kad SIM MaxisONE Kid dan seutas jam tangan QQ Watch.
  2. Pakej data adalah 500 MB data Internet, panggilan tanpa had kepada 10 nombor pada mana-mana rangkaian dan fungsi pesanan suara.
  3. RM 58 sebulan dengan MaxisONE 98, kontrak pakej adalah selama satu tahun.
You might also like