
Pra-tempahan untuk Huawei Mate 10 Pro yang dibuka selama empat hari di laman e-dagang Vmall dan 3ex tidak kesampaian apabila kesemua unit tempahan telah habis terjual hanya satu jam selepas ia dibuka semalam.

Permintaan diluar jangkaan ini ternyata membuktikan peminat Huawei tidak mengambil masa yang lama untuk membelanjakan wang mereka. Ini disebabkan peranti Huawei Mate 10 Pro ditawarkan pada harga yang kompetitif dengan spesifikasi yang mantap.
Dalam masa yang sama, Huawei juga memaklumkan mereka akan mempercepatkan penghantaran stok peranti dan berkemungkinan stok kumpulan kedua akan tiba pada 18 November (esok).
Sementara bagi yang tidak berpeluang dalam sesi pra-tempah ini, anda dinasihatkan layari Facebook Huawei Malaysia untuk mendapatkan info yang terkini. Bagaimanapun tarikh tutup untuk pra-tempah Huawei Mate 10 Pro tutup pada 19 November 2017.

